Wednesday, July 7, 2010

Makanan Menurut Islam

didalam islam, ada makanan yang dihalalkann, ada yang diharamkan ada juga menjadi sunnah dan juga yang dihukum makruh. yang penting ialah bahawa makanan yang diharamkan itu seperti arak, anjing dan babi, mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan. bukti moden mendapati bahawa daging babi mempunyai cacing pita yang membahaya. minum arak pula, sebagaimana pesan organ tua2 Melayu akan melemahkan tenaga batin.

pendapat ulama' terdahulu, daging ayam jantan berbeza daripada daging lain kerana ia sejuk tidak panas. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa sebaik baik makanan di dunia dan di akhirat ialah daging. Saidina Ali r.a juga menyuruh kita makan daging kerana ia menambah daging tubu dan kuasa pendengaran, siapa tidak makan daging selama 40 hari maka tubuhnya akan lemah.

Sheikh Dahari pula berkata, bahawa makan daging itu adalah tujuh puluh kekuatan tetapi sentiasa makan daging juga makruh kerana keras hati. Saidina Aisyah juga melarang dari semasa makan daging kerana ia akan memudaratkan.

ikan khasiatnya hangat dan basah tetapi ia memberi manfaat kepada org yg sejuk badan. Garam khasiatnya hangat serta kering dan ia berfaedah untuk menghancurkan makanan dan juga boleh mengubati selsema dan menguatkan syahwat. jika diambil airnya dan dicampur air madu dan dicelakkan pada mata ia akan menerangkan mata tetapi jika amat kerap memakannya akan mengurangkan tahap pemikiran. jika kita datang ke suatu negeri yg ditimpa wabak dan kita mahu wabak itu menjangkiti kita maka makan bawang merah negeri tersebut...

Bawang putih pula khasiatnya hangat dan kering dan ia berfaedah untuk menghancurkan angin dan menghilangkan senak di perut. ai juga menyembuh penyakit sakit gigi dan batuk dan boleh menyembuhkan sakit dada. ia juga boleh mengeluarkan darah haid dan boleh mengurukan badan tetapi mudarat pada mata.


petikan dari...
'Permata Yang Hilang..'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails