Sunday, August 21, 2011

TIP di bulan RAMADHAN (bahagian ke 2)


TIPS ketika BERBUKA


haaa.. tadi kita dah tgk TIPS ketika bersahur. Sekarang ni kita tengok plak ketika berBUKA.

Hidangan PANAS dan MANIS
ape ape pun kita bila berbuka mesti lah berbuka dengan menjamah KURMA. Kalau takder kurma dengan kuih
muih dan minuman yang manis supaya dapat mengembalikan tenaga pada tubuh kita. Hindari minuman sejuk kerana ia boleh menyebabkan kembung perut.

Banyak minum AIR kosong
Berpuasa menyebabkan tubuh kita kekurangan air. Oleh itu, minum air kosong dengan banyak terutamanya ketika bersahur dan selepas berbuka.

Makan berat selepas TARAWIH
haaa... ape lagi pas aje berbuka makan ala kadar pastu trus solat maghrib. Pastu baru lah nak sambung ambil makanan berat ke atau ambil selepas TARAWIH.

TIP di bulan RAMADHAN

Hai reader2 sekalian.....macamana puasa korang..hari ni dah 21 hari kita menjalani ibadah PUASA...haha mesti dah ada yg TERTINGGALKAN...nanti jangan lupa plak korang ganti balik.

Kat sini saya ada beberapa TIPS untuk dikongsi dengan reader sekalian...TIPS yang dipetik dari majalah KESIHATAN.

TIP ketika BERSAHUR


Ambil makanan yg PANAS
ketika kita hendak bersahur kita mestilah ambil makanan panas bagi memudahkan sistem pencernaan kita.

Makan sayur & buahan
kandungan vitamin dan mineral yang terdapat didalam buah dan sayur penting untuk menjaga daya tahan dan kecergasan tubuh kita. Makanan yg penuh serat pula dpt membantu perut kita kekal kenyang dengan lebih lama.

Makan Secukupnya
Sahur juga penting seperti SARAPAN. Justeru, makanan yang diambil haruslah mencukupi. Makan perlahan-lahan agar perut kita terisi dengan baik.

Minum SUSU
Jangan lupa akhiri sahur kita dengan SUSU beserta KURMA. ini penting agar tubuh kita mempunyai tenaga untuk bekerja.

oklah itu saja yang dapat saya kongsikan dengan reader hari ni....

jumpa lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails