Tuesday, August 3, 2010

Facebook kebaikan or kelemahan....?

Mendedah keaiban suami @ isteri di facebook.


Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri. 
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. 
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. 
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar. 

Sunday, August 1, 2010

Pemakanan Seimbang Semasa Hamil

pemakanan seimbang sesuai untuk ibu-ibu hamil kerana ia memberi permulaan yang baik untuk bayi anda. Pastikan anda mengamalkan pemakanan seimbang. Makanan seimbang bermakna makanan yang mempunyai jumlah VTAMIN, ZAT GALIAN dan khasiat yang betul daripada makanan yang anda makan untuk memastikan anda dan bayi anda dalam keadaan sihat. So, mulalah memakan makanan yang sihat dan pastikan kesemuanya mempunyai banyak vitamin C dan KALSIUM.


KENAPA VITAMIN C....................


Vitamin C merupakan NUTRIEN yang tidak boleh disimpan oleh badan. Sebab itu anda memerlukannya setiap hari untuk menggalakkan TUMBESARAN bayi. Ia juga boleh menguatkan sistem IMUNITI anda. Untuk keperluan harian VITAMIN C anda, minumlah segelas jus oren segar setiap pagi. Cuba tambah makanan dan sayuran yang kaya dengan VITAMIN C seperti betik, tembikai susu dan brokoli dalam pemakanan anda.


Anda memerlukan 3 hidangan VITAMIN C setiap hari. Berikut ialah beberapa hidangan:


1/2 cawan jus OREN
1/4 betik sederhana besar
1/2 jambu besar
1/8 tembikai susu kecil
1/2 cawan brokoli mentah atau dimasak
1 cawan kobis hijau mentah yang dimayang


KENAPA KALSIUM............


Bayi anda memerlukan KALSIUM untuk membina TULANG dan GIGI yang kuat, jantung, SARAF dan otot yang sihat serta denyutan jantung yang normal dan keupayaan pembekuan darah. Jika anda tidak mendapatkan KALSIUM secukupnya dalam pemakanan anda, bayi anda akan mendapatkannya dari tulang anda. Akhirnya kesihatan anda mungkin terganggu. Jadi, ambillah kalsium secukupnya untuk kesihatan TULANG.


Contohnya my WIFE sekarang nie tgh sarat mengandung 8 bulan, ketika kandungan masuk 6-7 bulan isteri saya sering sakit-sakit belakang, hendak tidur pun susah katanya, kemudian try beli susu jenama biasa jer, alhamdulillah kesakitan itu semakin kurang, kemudian doctor menyarankan minum susu 3 kali SEHARI.


Susu juga merupakan sumber kalsium  yang KETARA, pastikan anda minum susu setiap hari. Sila ambil perhatian bahawa makanan serat tinggi boleh memperlahankan penyerapan KALSIUM. Ini bermakna susu bersama BIJIRIN tidak begitu manfaatkan kepada anda. Anda juga boleh memasukan makanan kaya kalsium seperti TOFU, sayuran berdaun hijau dan ikan sardin dalam pemakanan anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails