Saturday, August 28, 2010

Casio PROTREK


Akhirnya jam CASIO PROTREK model prg110 menjadi milikku... hehehe lama btul aku menyimpan duit dari bula 3 (MAC) tahun 2010 sedikit demi sedikit aku menyimpan akhirnya jadi juga aku memiliki jam ini. Raya nanti dapat la aku memakai jam ni. Sebenarnya aku memang dah minat sangat dengan jam nie, coz mula asalnya member aku laa yang rekemen kan coz dia pun pkai gak, jam ni mcm2 ada......tapi sesuai laa ngan orang kaki rekreasi nie.. 
  
So nak criter kelebihan jam nie secara ringkas laa.. ia pkai kuasa solar so tak yah laaa nak ganti2 bateri jam, then jam ni ada Altimeter iaitu jam nie bleh mengukur tahap ketinggian ketika kita mendaki, Thermometer mengukur suhu sekeliling. Kemudian yang paling penting ada KOMPAS. So jam ni di ketegorikan TRIPLE SENSOR. So sesuai la kita panggil jam rekreasi.




Jam ni aku jumpa kat MUAR, JOHOR. memang murah giler laa... knaper aku ckp mcm tu, coz aku dah survey banyak tempat jual jam, kat area MELAKA je lah.. kebanyakkan nye rm1k ke atas, haaa.. yang nie aku jumpa harga murah punya korang tengok je kat pic kat atas nie ada harga..malah harga tu leh kurang lagi...so klu korang berminat nak beli jam nie leh laa korang contact aku kat sini......boleh jer aku tolong...tp sebelum tu korang try laa survey harga kat tempat korang dulu...  

Saturday, August 14, 2010

Ribut di BAZAR Ramadhan 13 ogos 2010

Pada hari Jumaat, 13 ogos 2010, kira kira pukul 4.50 petang, hari ke tiga umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa, negeri Melaka dikejutkan oleh suatu kejadian ribut yang kuat yang melanda kawasan bazaar Ramadhan di pekan Jasin yang megakibatkan 3 orang terbunuh akibat di hempap oleh tiang khemah yang di perbuat dari besi dan serpihan besi yang di bawa oleh angin yang luarbiasa kekuatannya itu.




Friday, August 13, 2010

Kes semakin runcing




jika kita tengok keadaan sekarang pembuangan Bayi SEMAKIN ketara. Ada diantara kita pulak tidak segan silu  membuat perkara tak senonoh ini. Sekarang di MELAKA kerajaan negeri mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini terus berlaku. Namun langkah-langkah yang diambil oleh kerajan Negeri Melaka membuatkan kita termenung sejenak. Menyediakan sekolah pelajar mengandung. tidak kah kita berfikir jika sekolah ini wujub maka bertambah lagi kes-kes yang tak dijangka, contohnya yang semakin ketara ialah kes pembuangan bayi. Tidak ada cara lainkah untuk mengatasi masalah ini. Pokoknya kembali kepada diri masing-masing. Di manakah letaknya Iman kalian..? 
renungkanlah klip video ini


Jadi marilah kita bersama-sama 1 Malaysia yang kita laungkan mengatasi masalah ini dari akar umbi. Semua pihak harus berganding bahu dan bekerjasama mencari punca, dan cara untuk menyelesaikan.

Monday, August 9, 2010

Rambut Tocang.......


sekadar gambar hiasan


Salam semua.., korang dah tengok lum Pic yg kat atas nie, cantik tak..? Nak tanya korang la skang nie Tren rambut masa kini mcam nie ker...? Pada pendapat aku lah rambut macam nie tak sesuai untuk di aplikasikan oleh rakyat jelata kita nie. Kenapa? sebab kebanyakan orang kat Malaysia nie banyak KELEMUMUR...hahaha termasuk aku nih...Sebab tu aku tak buat plak tu rambut memang dah siap kerinting dah...tak yah nak tocang2 lagi..So klu korang nak buat tak mcam nie..? sekali pandang macam cantik..2 kali pandang....haaaa macam mana...? tapi apapun ur money ur choice......

Sunday, August 8, 2010

PenanTian...........

Jam menunjukan pukul 12.23pm. jari jemari ku mula menekan keypad komputer. Entah apa yang hendak ditaip. Tapi ada sesuatu yang perlu ku nantikan. Jarum jam semakin berdetak detik. hari semakin berusia ke malam. Entah apa yang membuatkan ku runsing. Tatkala ketika ini isteri ku mengandung 8 bulan. Sering sakit-sakit namun ku tahu duedate nyer lambat lagi. tapi ku risau takut bersalin awal.....Semua barang persiapan untuk isteri ku telah ku sediakan awal di dalam kereta. takut gak klu tak sempat nak ke hospital. Sedikit demi sedikit telah ku persiapkan untuk menyambut KELAHIRAN dalam hidup berumah tangga ni. Berdebar jantung ku menunggu saat-saat gembira ni...jika korang ada kat tempat aku nie mesti korang pun sama tak tau aper nak buat kan. Hanya mampu berdoa dan menunggu....

Tuesday, August 3, 2010

Facebook kebaikan or kelemahan....?

Mendedah keaiban suami @ isteri di facebook.


Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri. 
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. 
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. 
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar. 

Sunday, August 1, 2010

Pemakanan Seimbang Semasa Hamil

pemakanan seimbang sesuai untuk ibu-ibu hamil kerana ia memberi permulaan yang baik untuk bayi anda. Pastikan anda mengamalkan pemakanan seimbang. Makanan seimbang bermakna makanan yang mempunyai jumlah VTAMIN, ZAT GALIAN dan khasiat yang betul daripada makanan yang anda makan untuk memastikan anda dan bayi anda dalam keadaan sihat. So, mulalah memakan makanan yang sihat dan pastikan kesemuanya mempunyai banyak vitamin C dan KALSIUM.


KENAPA VITAMIN C....................


Vitamin C merupakan NUTRIEN yang tidak boleh disimpan oleh badan. Sebab itu anda memerlukannya setiap hari untuk menggalakkan TUMBESARAN bayi. Ia juga boleh menguatkan sistem IMUNITI anda. Untuk keperluan harian VITAMIN C anda, minumlah segelas jus oren segar setiap pagi. Cuba tambah makanan dan sayuran yang kaya dengan VITAMIN C seperti betik, tembikai susu dan brokoli dalam pemakanan anda.


Anda memerlukan 3 hidangan VITAMIN C setiap hari. Berikut ialah beberapa hidangan:


1/2 cawan jus OREN
1/4 betik sederhana besar
1/2 jambu besar
1/8 tembikai susu kecil
1/2 cawan brokoli mentah atau dimasak
1 cawan kobis hijau mentah yang dimayang


KENAPA KALSIUM............


Bayi anda memerlukan KALSIUM untuk membina TULANG dan GIGI yang kuat, jantung, SARAF dan otot yang sihat serta denyutan jantung yang normal dan keupayaan pembekuan darah. Jika anda tidak mendapatkan KALSIUM secukupnya dalam pemakanan anda, bayi anda akan mendapatkannya dari tulang anda. Akhirnya kesihatan anda mungkin terganggu. Jadi, ambillah kalsium secukupnya untuk kesihatan TULANG.


Contohnya my WIFE sekarang nie tgh sarat mengandung 8 bulan, ketika kandungan masuk 6-7 bulan isteri saya sering sakit-sakit belakang, hendak tidur pun susah katanya, kemudian try beli susu jenama biasa jer, alhamdulillah kesakitan itu semakin kurang, kemudian doctor menyarankan minum susu 3 kali SEHARI.


Susu juga merupakan sumber kalsium  yang KETARA, pastikan anda minum susu setiap hari. Sila ambil perhatian bahawa makanan serat tinggi boleh memperlahankan penyerapan KALSIUM. Ini bermakna susu bersama BIJIRIN tidak begitu manfaatkan kepada anda. Anda juga boleh memasukan makanan kaya kalsium seperti TOFU, sayuran berdaun hijau dan ikan sardin dalam pemakanan anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails