"......Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal......"
Sunday, August 21, 2011
TIP di bulan RAMADHAN (bahagian ke 2)
TIPS ketika BERBUKA
haaa.. tadi kita dah tgk TIPS ketika bersahur. Sekarang ni kita tengok plak ketika berBUKA.
Hidangan PANAS dan MANIS
ape ape pun kita bila berbuka mesti lah berbuka dengan menjamah KURMA. Kalau takder kurma dengan kuih
muih dan minuman yang manis supaya dapat mengembalikan tenaga pada tubuh kita. Hindari minuman sejuk kerana ia boleh menyebabkan kembung perut.
Banyak minum AIR kosong
Berpuasa menyebabkan tubuh kita kekurangan air. Oleh itu, minum air kosong dengan banyak terutamanya ketika bersahur dan selepas berbuka.
Makan berat selepas TARAWIH
haaa... ape lagi pas aje berbuka makan ala kadar pastu trus solat maghrib. Pastu baru lah nak sambung ambil makanan berat ke atau ambil selepas TARAWIH.
TIP di bulan RAMADHAN
Hai reader2 sekalian.....macamana puasa korang..hari ni dah 21 hari kita menjalani ibadah PUASA...haha mesti dah ada yg TERTINGGALKAN...nanti jangan lupa plak korang ganti balik.
Kat sini saya ada beberapa TIPS untuk dikongsi dengan reader sekalian...TIPS yang dipetik dari majalah KESIHATAN.
TIP ketika BERSAHUR
Ambil makanan yg PANAS
ketika kita hendak bersahur kita mestilah ambil makanan panas bagi memudahkan sistem pencernaan kita.
Makan sayur & buahan
kandungan vitamin dan mineral yang terdapat didalam buah dan sayur penting untuk menjaga daya tahan dan kecergasan tubuh kita. Makanan yg penuh serat pula dpt membantu perut kita kekal kenyang dengan lebih lama.
Makan Secukupnya
Sahur juga penting seperti SARAPAN. Justeru, makanan yang diambil haruslah mencukupi. Makan perlahan-lahan agar perut kita terisi dengan baik.
Minum SUSU
Jangan lupa akhiri sahur kita dengan SUSU beserta KURMA. ini penting agar tubuh kita mempunyai tenaga untuk bekerja.
oklah itu saja yang dapat saya kongsikan dengan reader hari ni....
jumpa lagi...

Wednesday, August 3, 2011
nak Kongsi CERITA
cerita dibawah ini sekadar untuk berkongsi pengalaman.....
Pengalaman Ngeri Seorang Penggali kubur...
"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. "Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala. Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya. "Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung. Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak. Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah... Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit. Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim... Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran. Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya. Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga. Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ... Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat! Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah. Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah... Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh. Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata. Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran. Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya. Lailahaillallah Lailahaillallah Lailahaillallah Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan. GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!! Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan. "Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir. GGGRRRRUUUMMM... Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.. Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut. ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat. AARRKKK... UUURRRKKGGH!!! Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi. Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai. PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP! Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah ! Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap. Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala. Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak. "ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya. Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya. "Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya. Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa. Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas. Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening. "Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil. Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata. "Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang. Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur. Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri. "Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan. Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya. Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat. Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata. Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah. Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai. Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN (diceritakan sendiri oleh Tok Johar)
Monday, June 6, 2011
Bluuuuuuuurrrrrrr.....
wahhhhhhhhhhhhhh..salam semuanya... lama sudah tak updated blog nih.. hampir ketinggalan semuanya... ermmm..nantilah kita updated... bila smuanye udah selesai......kome minta diri yea....
Sunday, October 10, 2010
PenGalaman SULUNG part 2
Salam semua sorry sibuk sgt2 sejak dua menjak nie....sibuk menguruskan hal peribadi, sehinggakan terlupa pada blog sendiri huhuhu
ok kita sambung... setelah org umah dah dpt bilik so dia pun berehat laa kat situ hanya tunggu masa jer...masa berganti masa, turun naik beli makanan walaupun kat hospital dah menyediakan makanan, aku tetap beli jugak maklum lah citarasa ibu mengandung ni lain macam skit..pas makan nak makan lagi huhu..dalam masa yg sama org umah mengadu sakit sakit...bila suruh pggil doktor dia tak nak so diam kat aje laa smpai laaa waktu magrib..pas solat trus lepak kat kedai makan..kedai makanan kat luar kawasan hospital tapi tak jauh laa just jalan kaki jer.. sebelum pegi call dulu tnya camner,,dia kata sakit dah tpi buat biasa jer huhu..siap je order makanan pun smpai tgh lepak makan dia call dia dah nak masuk LEVEL ROOM dah huhuhu...aku pun aper lagi makan laju2 laa hahaha....trus grak g ke wad..dalam perjalanan nak ke wad tue, call mak ayah kata dia dah nak masuk LEVEL ROOM....mak kata " tak lama lagi tu..." aku pun mengiyakan...
sampai jer kat wad aku amik baju wife n baju baby skali coz tadi dia dah pesan suruh bawa masuk..sampai je kat counter nurse tu tak bg aku masuk..sebab dia kata aku tak g KURSUS BERSALIN (kursus peneman) kat hospital MELAKA je yg buat cam tue kat lain dengar2 boleh jer masuk...huhu aku pun kirim je barang tu kat nurse tu.. aku kena tunggu kat luar...lama jugak laah aku tunggu kat luar tu, aku pun call mak ayah aku..rupanya diorang tengah on the way datang..dalam setengah jam diorang sampai siap bawa makanan lagi, time tu dah lapar dah.. huhu duduk laa aku berborak ngn mak ayah aku hingga tengah malam..orang lain yang menunggu dah bentang tikau (tikar) nk tido aku je dok tengah makan huhu sunyi jer rasanya dok kat hospital nih..hehe
Pukul 1 pagi lebih ada org call aku (dalam hati saper lak yg call aku pagi2 cam gini ni...) numbor tak naik nama plak.. ermmm rupanya nurse kat dalam tu yg call tanya ada kat mana, aku pun jawab ler ada kat luar ni tepi sebelah wad. rupanya dia suruh aku masuk jumpa dia kat counter. Aku dah mula risau dah nie..aku pun cakap kat mak ayah aku kena masuk dalam so diorang pun beredar tunggu kat umah. Aku masuk jumpa nusre tu, dia suruh aku TEMAN bini aku kat dalam..hahaha aku cakap laa "saya tak pergi kursus kak..boleh ker masuk?" dia kata tak per ni permintaan bini aku katanya.. so aku pun masuk..sebelum masuk aku kena pakai jubah, HP kena silent.. pas siap semua aku masuk..rasa sunyi jer sekali sekali terdengar jeritan kesakitan bertemankan aircond yg sejuk huhuhu
kat dalam tue banyak bilik.. semua bilik2 tu bertutupkan ngn kain langsir jew, so nurse tadi tu bawa aku trus ke bilik istri ku, nurse tu sempat berpesan jgn merayau2 tpt lain, tidak dibenarkan keluar sesuka hati jgn masuk bilik lain.. so aku pun faham, smpai je kat bilik isteri ku aku tgk masyaAllah....kusut betul muka dia tak terurus, pucat lesi, dengan wayer berselirat kat perut, kat tangan dah cucuk jarum masuk air, tepi katil ada tong gas, dengan bunyi nafas yg agak kuat dengan bunyi "tot...tot..tot..tot..tot.." kat mesin sebelah katil tue...masa aku masuk tu org umah aku mgkin telelap sebab kepenatan melawan sakit.. aku masuk dengan senyuman dia pun tersedar yg aku kat sebelah sisi dia. Dia kata " sakit bang....sakit sangat.......tak tahan...." aku angguk kepala tanda paham dengan kesakitan yg dialaminya, aku trus berada disisinya memberi kata2 perangsang, kata2 semangat....
pas tu dah sampai time sakitnya dia menjerit kuat hampir bergegar bilik tu rasanyer..... "sakit......................sakit........................." aku suruh dia mengucap...selawat...kemudian dia amik tempat penyedut kat hidung yg menghubungkan dengan tong gas kat tepi katil tue..rupanya gas tu gas pelali...so nurse tu kata klu sakit sangat sedut gas tue....aku pun tolong letakkan kat hidungnya..kesakitan dia semakin reda, so maca tu laa selalu time sakit sangat dia sedut gas tue...
nanti sambung balik...

Monday, September 27, 2010
PenGalaman SULUNG
salam semua ape khabar...lama sgt nih tak buat entry....korang masih lagi mood RAYA ke....hehehe..sory dah lama tak buat entry maklum la baru je dpt baby ni..tu yg lama tinggal blog...lama tak jenguk BLOG..harap2 ada yg masih sudi lagi nk jenguk2 hehe..
Dikesempatan yang ada nih nek bercerita sket mngenai pengalaman sulung menemani isteri di wad BERSALIN...tak tahu nk mula dari mana..tpi seingat aku 17hb hari jumaat baru bgun nk solat subuh, org umah (isteri) dah bgun dulu sebab tetiba rasa basah kain, skali tengok air KETUBAN dah pecah keluar meleleh.. aku pun ngn selamber je ckp naper ape dah jadi.....maklum laa baru bangun, tak tau ape..pastu org umah ckp la air kuar...ermm ape lagi trus capai kain lap suruh org umah g mandi siap kan diri.. pastu aku lak mandi solat siap2 tepat jam 7 pagi aku trus hantar org umah g HOSPITAL besar...
Sampai kat muka depan wad KECEMASAN ada seorg kakitangan hospital dtg bersama kerusi roda..dlm hati aku berkata "bagus nyer pekerja ni semoga tuhan membalas jasanya...." trus dia suruh bini aku duduk dan tolak masuk dlm wad bersalin tpi kena register dulu laa... smpai kat wad dah siap register tang ni memang aku cukup tak suka...punya laaa lama nk tggu masuk wad bila tnya tggu ape...nurse tu jawab..."cik wad penuh cik minta tggu sebentar nak cari katil kosong..." huhu kebetulan pulak hari tu ramai yg bersalin...alamatnye kena tgu dengan penuh kesabaran laa....tunggu punya tunggu.. kain yg dipakai org umah semakin basah..sikit demi sedikit air keluar..selang seli berganti darah mengalir...hanya kesebaran yang menemani diri...
aku pulak kena tggu kat luar masa tuh tapi sekali sekala bleh laa masuk jenguk...sekali aku jenguk tangan kanan org umah ku telah dicucuk...ala macam org masuk air dlm badan tu...aku tnya sakit ker...dia jawab "sakit lerr " sambil tersenyum sinis..aku berikan roti dan air milo untuk mengalas perut...dari subuh smpai nk masuk tengah hari hanya menunggu jee mesti lapar.....smpai tgh hari ada nurse tu dtg bagi makanan...sempat gak aku tnya " makan untuk laki dia ada tak hehehe..." nusre tu jawab dengan sopan santun " minta maaf cik x disediakan.." hehehe aku pun kuar tunggu je kat luar wad...lama tul menunggu sempat gak la tersengguk sengguk tahan mengantuk....
tengah aku dok leka menahan mengantuk..org umah hantar SMS...memang dari pagi lagi suruh dia pegang hp takut klu jadi ape-ape kat dlm tu...dpt SMS " dah boleh masuk wad" aku pun tersnyum akhir nya dpt gak masuk wad......trus aku msuk ke dlm tengok dah siap tiga kerusi roda tersedia...yang dua lagi tu untuk ibu bersalin yg lain...org umah aku pun duduk atas kerusi roda aku pun dengan rajin disebabkan bosan menunggu lama sgt..aku pun dengan rajin tolong nurse tu tolak kerusi roda..kerusi roda org umah aku lerrr aku tolak... tolak trus masuk wad bersalin tempat dimana ibu2 bersalin menunggu waktu untuk bersalin...bila kluar nk tolak tu org ramai kat luar smua dok tengok jer...huhu naik segan pulak aku hehe...tpi buat selamber je laa trus tolak msuk wad.....dpt katil dalam bilik...dalam bilik tu ada 4 katil jer...semua dah ada org kecuali satu tu jer kosong...tu la katil org umah aku....
nanti smbung balik.......

Thursday, September 16, 2010
hari MALAYSIA
SELAMAT HARI MALAYSIA KEPADA SEMUA WARGA BLOGGER, PENINJAU-PENINJAU YANG SETIA, WALKER-WALKER YANG DISAYANGI..
SELAMAT HARI MALAYSIA
Hari ni cuti, smua kakitangan kerajaan bercuti sempena hari MALAYSIA...dengan kesempatan yang ada ni ingin mengucapkan
SELAMAT HARI MALAYSIA
"1Malaysia is intended to provide a free and open forum to discuss the things that matter deeply to us as a Nation. It provides a chance to express and explore the many perspectives of our fellow citizens. What makes Malaysia unique is the diversity of our peoples. 1Malaysia’s goal is to preserve and enhance this unity in diversity which has always been our strength and remains our best hope for the future. I hope this website will initiate an open and vital dialogue exploring our Malaysian identity, our purpose, and direction. I encourage each of you to join me in defining our Malaysia and the role we must play in its future. Each of us – despite our differences – shares a desire for a better tomorrow. Each of us wants opportunity, respect, friendship, and understanding."
from www.1malaysia.com.my
Tuesday, September 14, 2010
Tips Penjagaan kulit bagi REMAJA
Salam hari raya....hai amacam hari raya korang smua....skang nie dah raya ke-4 mesti ada lagi yang tak abih beraya nih kan...ermm hari nak kongsi sket TIPS penjagaan kulit nie.. ermm bukan aper aku sendri pun sibuk beraya sakan kesana dan kemari...sekali tgk muka aduyai.....berminyak...boleh perah buat goreng ikan haaa...
So nak kongsi laa sket tips di hari raya langkah-langkah penjagaan kulit bagi remaja...ala yang bukan remaja pun bleh jer....
LANGKAH_LANGKAHNYA.....
pertama...
kita boleh membersihkan kulit dengan...
- mandi 1 ke 2 kali sehari lebih lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak.
- gunakan sabun yang tidak memudaratkan..tetapi penggunaan secara berlebihan boleh
menyebabkan kulit kering.
Gunakan pelembab selepas mandi...
- gunakan pelembab dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit
- Minyak baby oil boleh digunakan untuk kulit yang kering
kedua...
Gunakan toner...
- toner berfungsi sebagai menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan
membuat kulit menjadi kering serta mengecut.
Lindungi kulit daripada cahaya matahari...
- kulit akan menjadi rosak sekiranya terdedah kepada cahaya matahari. gunakan krim pelindung
matahari
seterusnya...
bersenam...
- bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga
mengekalkan kesihatan kulit.
Amalkan memakan makanan...
- seimbang iaitu mengandungi sumber vitamin, protein dan mineral
- sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
tidak merokok...
- bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
- boleh menyebabkan kanser
kepada rakan diluar sana...jagalah muka anda sebagai mana kita menjaga diri kita sendiri.........
..........ANDA BUAT..ANDA DAPAT...hehehe best tak slogan nih haha....

Sunday, September 12, 2010
Makan LUAR
Selamat hari raya......diam2 je dah hari ke-3 kita beraya erkk...yang lain tu mesti tak abih lagi beraya, ...semalam gak kita orang makan kat LUAR.....itu pun orang yg belanjer..hehee. Kitorang makan kat SERI ALAI, MELAKA, ermmm sedap gak makan kat situ..
cicah ikan..
nie tempat kita pilih lauk ape yg kita nak mkan...haaa pilih..pilih...
kat sini tempat bakar IKAN...banyak tue...
Saturday, September 11, 2010
1 SYAWAL...........hari raya
salam hari raya buat semua.......Hari ni 2 syawal agak lewat jugak la nak update entry nih..semalam dok sibuk mengemas lah memasak la yelah orang nak datang.. tu yg kelang kabut jer.. hari nie (raya ke dua) barulah nak buat entry....huhuhu.. sebelah nie SONGKOK RAYA...amacam SMART tak siap BRUCE *btul ke aku eja nie....*
Semalam dok sibuk buat bihun SUP...ao aku ni tepat kul 8.15am trus grak bersama family ke masjid besar kat JENGKA nie...abih je solat raya trus g berjalan raya ngn sanak saudara beraya umah jiran tetangga...yang mana terlibat dengan rombongan BARAAN dah bergerak dah....apa BARAAN??? baraan ialah golongan pemuda campur gak lah orang vateran skali berjalan raya rumah ke rumah....klu lelaki semua lelaki..klu pompuan smua pompuan..so yang kami ni dgn sanak saudara ngn adik beradik je lahhh tak JOIN pun geng baraan tuh...segan arrr....
Penat jugak lah berjalan rumah ke rumah nie yelah mana tak nyer.. datang umah ni makan...pastu g umah tu makan lagi...pastu grak g depan tuh pun makan lagi...jadi tak heran lah klu pas raya pertama jer ramai yang masuk WAD sebab tak kawal makan. ramai lah yang kena kencing manis lah, darah tinggi la, sakit kepala la..(kena hujan coz semalam hujan..)
SELAMAT HARI RAYA......

HARI nie dah raya kedua..pas subuh je dah sibuk dah dok cari lauk ape nak masak hari nie, jadi diorang ni kata nak masak LAKSA ngn IKAN PATIN....fuhh...dengar je ikan patin trus bergegas aku aku kluar cari lauk...tau dah mak nak masak IKAN PATIN MASAK GULAI TEMPOYAK....!!
dapat je barang trus aku balik umah takut lewat plak mak aku nak masak...smpai je kat umah diorang ni dah mula laa kelang kabut gak (mcam semalam) tokdan...(longhat pahang...) tokdan sempat nk siap masak geng2 anak sedara aku smpai...penuh laa 1 umah... pas group nih group lain plak...saat berganti minit....minit berganti jam group berganti group sampai la ni dok tgh menaip entry......skang nie je lah sempat nak berehat..tgh berehat pun sempat gak buat entry...hehehe...so yang mana dok tringin nak makan gulai ikan patin meh laa datang umah hehehehe
Thursday, September 9, 2010
SaLam Lebaran
Salam Lebaran buat semua rakan2 di jaluran Blog...otai2 BLOGGER.. Rakan2 yang baru dikenali.. Rakan2 yang jauh dimata.. Rakan2 yang dekat dihati.. dan Rakan2 yang mengenali diri ini....
Dikesempatan yang ada ini sy ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah taip dan segala yang TER....semoga Lebaran kali ini memberi penuh makna kepada KALIAN....
SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Monday, September 6, 2010
Petua Oh Petua..!
LOBAK redakan sengatan TEBUAN.
Jika disengat tebuan atau lebah, segera perahkan sebiji libak yang telah di kisar/diparut. campurkan dengan beberapa titik cuka makan dan gaulkan hingga sebati. sapukan ke bahagian yang disengat. ia juga menghalang bahangian disengat menjadi bengkak.
LEGAKAN sakit GIGI.
Untuk mengatasi masalah sakit gig dan gusi bengkak, dapatkan kulit pokok mangga selebar tapak tangan dewasa. basuh dan rebus menjadi secawan air. biarkan sehingga suam dan berkumur dua hingga tiga hari. cara ini mampu mengurangkan kesakitan pada gig atau bengkak gigi akan berkurangan.
Petua mabuk LAUT.
Tumbuk LADA hitam yang dicampur dengan BARA, kemudian sapu diperut terutama bahangian PUSAT sebelum turun ke LAUT.
Cerahkan KETIAK
Bagi yang mengalami maslaah hitam di bawah lengan, ambil limau KASTURI dan dipotong dua. Gosok di tempat yang kehitaman ketika hendak mandi. Ianya juga dapat menghilangkan bau BADAN. Lakukan sekerap mungkin.

Friday, September 3, 2010
BaZar Oh! Bazar
hari ini dah masuk hari yang ke 25 umat islam berpuasa. Semalam try mengisi masa lapang pergi BAZAR RAMADHAN kat TMN CEMPAKA di MELAKA...aduhai...ramai nyer umat manusia kat situ...makin lewat malam makin ramai yang bertandang kat BAZAR tu...macam2 gelagat manusia yang ada kat situ...yang menjerit jerit suruh pelanggan masuk kedainya, yang promote habis habisan, yang paling tak tahan skali dok cuci mata hahaha....bukan tgk BARANG...tapi tgk ORANG hahaha..yang mana dok bawak awek tu ni lah kesempatannya untuk pegang memegang...takut awek hilang dalam ramai2 manusia kat situ...tak pun takut terpegang AWEK orang lain.. hahaha naya jer..Tinggal 5 hari lagi bulan RAMADHAN akan meniggalkan kita..dan tinggal 5 hari shj lagi umat manusia berpusu-pusu pergi ke BAZAR...rasanya lah klu sok nak RAYA malam nie sudah tentu PENUH, PADAT, MAMPAT umat manusia kat situ huhuhu.....bleh mabuk...
Saturday, August 28, 2010
Casio PROTREK
Akhirnya jam CASIO PROTREK model prg110 menjadi milikku... hehehe lama btul aku menyimpan duit dari bula 3 (MAC) tahun 2010 sedikit demi sedikit aku menyimpan akhirnya jadi juga aku memiliki jam ini. Raya nanti dapat la aku memakai jam ni. Sebenarnya aku memang dah minat sangat dengan jam nie, coz mula asalnya member aku laa yang rekemen kan coz dia pun pkai gak, jam ni mcm2 ada......tapi sesuai laa ngan orang kaki rekreasi nie..
So nak criter kelebihan jam nie secara ringkas laa.. ia pkai kuasa solar so tak yah laaa nak ganti2 bateri jam, then jam ni ada Altimeter iaitu jam nie bleh mengukur tahap ketinggian ketika kita mendaki, Thermometer mengukur suhu sekeliling. Kemudian yang paling penting ada KOMPAS. So jam ni di ketegorikan TRIPLE SENSOR. So sesuai la kita panggil jam rekreasi.
Jam ni aku jumpa kat MUAR, JOHOR. memang murah giler laa... knaper aku ckp mcm tu, coz aku dah survey banyak tempat jual jam, kat area MELAKA je lah.. kebanyakkan nye rm1k ke atas, haaa.. yang nie aku jumpa harga murah punya korang tengok je kat pic kat atas nie ada harga..malah harga tu leh kurang lagi...so klu korang berminat nak beli jam nie leh laa korang contact aku kat sini......boleh jer aku tolong...tp sebelum tu korang try laa survey harga kat tempat korang dulu...
Saturday, August 14, 2010
Ribut di BAZAR Ramadhan 13 ogos 2010
Pada hari Jumaat, 13 ogos 2010, kira kira pukul 4.50 petang, hari ke tiga umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa, negeri Melaka dikejutkan oleh suatu kejadian ribut yang kuat yang melanda kawasan bazaar Ramadhan di pekan Jasin yang megakibatkan 3 orang terbunuh akibat di hempap oleh tiang khemah yang di perbuat dari besi dan serpihan besi yang di bawa oleh angin yang luarbiasa kekuatannya itu.
Friday, August 13, 2010
Kes semakin runcing
![]() |
![]() |
jika kita tengok keadaan sekarang pembuangan Bayi SEMAKIN ketara. Ada diantara kita pulak tidak segan silu membuat perkara tak senonoh ini. Sekarang di MELAKA kerajaan negeri mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini terus berlaku. Namun langkah-langkah yang diambil oleh kerajan Negeri Melaka membuatkan kita termenung sejenak. Menyediakan sekolah pelajar mengandung. tidak kah kita berfikir jika sekolah ini wujub maka bertambah lagi kes-kes yang tak dijangka, contohnya yang semakin ketara ialah kes pembuangan bayi. Tidak ada cara lainkah untuk mengatasi masalah ini. Pokoknya kembali kepada diri masing-masing. Di manakah letaknya Iman kalian..?
renungkanlah klip video ini
Jadi marilah kita bersama-sama 1 Malaysia yang kita laungkan mengatasi masalah ini dari akar umbi. Semua pihak harus berganding bahu dan bekerjasama mencari punca, dan cara untuk menyelesaikan.
Monday, August 9, 2010
Rambut Tocang.......
sekadar gambar hiasan
Salam semua.., korang dah tengok lum Pic yg kat atas nie, cantik tak..? Nak tanya korang la skang nie Tren rambut masa kini mcam nie ker...? Pada pendapat aku lah rambut macam nie tak sesuai untuk di aplikasikan oleh rakyat jelata kita nie. Kenapa? sebab kebanyakan orang kat Malaysia nie banyak KELEMUMUR...hahaha termasuk aku nih...Sebab tu aku tak buat plak tu rambut memang dah siap kerinting dah...tak yah nak tocang2 lagi..So klu korang nak buat tak mcam nie..? sekali pandang macam cantik..2 kali pandang....haaaa macam mana...? tapi apapun ur money ur choice......
Sunday, August 8, 2010
PenanTian...........
Jam menunjukan pukul 12.23pm. jari jemari ku mula menekan keypad komputer. Entah apa yang hendak ditaip. Tapi ada sesuatu yang perlu ku nantikan. Jarum jam semakin berdetak detik. hari semakin berusia ke malam. Entah apa yang membuatkan ku runsing. Tatkala ketika ini isteri ku mengandung 8 bulan. Sering sakit-sakit namun ku tahu duedate nyer lambat lagi. tapi ku risau takut bersalin awal.....Semua barang persiapan untuk isteri ku telah ku sediakan awal di dalam kereta. takut gak klu tak sempat nak ke hospital. Sedikit demi sedikit telah ku persiapkan untuk menyambut KELAHIRAN dalam hidup berumah tangga ni. Berdebar jantung ku menunggu saat-saat gembira ni...jika korang ada kat tempat aku nie mesti korang pun sama tak tau aper nak buat kan. Hanya mampu berdoa dan menunggu....
Tuesday, August 3, 2010
Facebook kebaikan or kelemahan....?
Mendedah keaiban suami @ isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar.
Sunday, August 1, 2010
Pemakanan Seimbang Semasa Hamil
pemakanan seimbang sesuai untuk ibu-ibu hamil kerana ia memberi permulaan yang baik untuk bayi anda. Pastikan anda mengamalkan pemakanan seimbang. Makanan seimbang bermakna makanan yang mempunyai jumlah VTAMIN, ZAT GALIAN dan khasiat yang betul daripada makanan yang anda makan untuk memastikan anda dan bayi anda dalam keadaan sihat. So, mulalah memakan makanan yang sihat dan pastikan kesemuanya mempunyai banyak vitamin C dan KALSIUM.
KENAPA VITAMIN C....................
Vitamin C merupakan NUTRIEN yang tidak boleh disimpan oleh badan. Sebab itu anda memerlukannya setiap hari untuk menggalakkan TUMBESARAN bayi. Ia juga boleh menguatkan sistem IMUNITI anda. Untuk keperluan harian VITAMIN C anda, minumlah segelas jus oren segar setiap pagi. Cuba tambah makanan dan sayuran yang kaya dengan VITAMIN C seperti betik, tembikai susu dan brokoli dalam pemakanan anda.
Anda memerlukan 3 hidangan VITAMIN C setiap hari. Berikut ialah beberapa hidangan:
1/2 cawan jus OREN
1/4 betik sederhana besar
1/2 jambu besar
1/8 tembikai susu kecil
1/2 cawan brokoli mentah atau dimasak
1 cawan kobis hijau mentah yang dimayang
KENAPA KALSIUM............
Bayi anda memerlukan KALSIUM untuk membina TULANG dan GIGI yang kuat, jantung, SARAF dan otot yang sihat serta denyutan jantung yang normal dan keupayaan pembekuan darah. Jika anda tidak mendapatkan KALSIUM secukupnya dalam pemakanan anda, bayi anda akan mendapatkannya dari tulang anda. Akhirnya kesihatan anda mungkin terganggu. Jadi, ambillah kalsium secukupnya untuk kesihatan TULANG.
Contohnya my WIFE sekarang nie tgh sarat mengandung 8 bulan, ketika kandungan masuk 6-7 bulan isteri saya sering sakit-sakit belakang, hendak tidur pun susah katanya, kemudian try beli susu jenama biasa jer, alhamdulillah kesakitan itu semakin kurang, kemudian doctor menyarankan minum susu 3 kali SEHARI.
Susu juga merupakan sumber kalsium yang KETARA, pastikan anda minum susu setiap hari. Sila ambil perhatian bahawa makanan serat tinggi boleh memperlahankan penyerapan KALSIUM. Ini bermakna susu bersama BIJIRIN tidak begitu manfaatkan kepada anda. Anda juga boleh memasukan makanan kaya kalsium seperti TOFU, sayuran berdaun hijau dan ikan sardin dalam pemakanan anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)